Thursday, January 28, 2010

macam macam hal...

aku sudah lama tidak menulis kerna sibuk dengan pelbagai kerja yang lecturer berikan baru baru ini.

Sekarang ini aku memikirkan bahawa terdapat pelbagai karenah manusia yang aku perhatikan di institusi pengajian tinggi yang menjadi wadah ilmu kepada anak anak muda terutamanya anak bangsa kita khususnya melayu yang mana di tempat ini masih lagi terdapat manusia manusia pelik yang aku rasakan kepelikannya mengatasi pondan pondan yang berada di sekitar Taman Polo di Ipoh.huhu

Namun,setelah lebih 3 bulan aku berada di sini, kepelikan manusia manusia ini semakin menjadi jadi. Lebih malang lagi, manusia 'pelik' ini berada bersama di dalam kelasku yang mana aku memperoleh ilmu yang diberi oleh lecturerku.

Kerna,selama ini tidak pernah aku melihat bahawa manusia pelik ini mahu berkawan dengan orang di sekelilingnya semata mata demi mendapatkan 'secebis' kenamaan sedangkan perkara itu tidak membawa kepada apa apa pun. Apa gunanya kita menjadi fofular tetapi kita tidak boleh membuat apa apa pun jika ada suatu permasalahan berlaku?

In my humble opinion, manusia pelik ini perlulah bertukar menjadi normal. Kita hanyalah orang biasa yang belajar di uinversiti biasa, bergaul dengan masyarakat yang biasa, yang rata ratanya mempunyai pandangan yang biasa terhadap sesuatu perkara yang agak luarbiasa,mempunyai sikap yang biasa dan hanya mahu menjadi orang yang biasa.

Oleh itu wahai manusia pelik, janganlah perbuatanmu itu memakan dirimu sendiri,kerna kamu akan kehilangan kawan kawanmu buat SELAMA LAMANYA.